Rali Dakar 2008

Perlumbaan kereta Rali Dakar 2008 ke-30 sepatutnya bermula pada 5 Januari 2008 di bandar Lisbon, Portugal dan tamat pada 20 Januari 2008 di Dakar, Senegal. Malangnya terpaksa dibatalkan pada 4 Januari 2008 kerana keselamatan tidak terjamin di negara Mauritania berikutan pembunuhan 4 orang pelancong Perancis.Pada Disember 2007 peserta yang termasuk 245 motosikal, 205 kereta , 100 trak dan 20 quad. Kesemuanya 570 pasukan dari 50 buah negara berlumba dari Lisbon ke Dakar . Antara negara yang direntasi ialah Sepanyol, Maghribi, Sahara Barat, Mauritania dan Senegal dengan jarak 9273 km. Hari rehat diadakan di Atar, Mauritania pada 13 Januari 2008.